Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,
kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup ,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,
tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam
bila sinar islam berkembang ,
darjat kita diangkat ,
maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia,
dan mendapat tempat di sisi Allah
sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini
melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian
bisa mengoncang dunia , s
edarlah hawa kau bisa mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat
yakni yang soleh solehah ,
kau bisa mengegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan
pada suami yang sejati
dalam menegakkan islam di mata dunia.
Tapi hawa jangan sesekali
kau cuba mengoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu ,
dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.
Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam
yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,
kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan
kerana wanita adalah jala syaitan ,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja ,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu ,
andai engkau seorang ibu
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin ,
jangan kau risau akan jodohmu ,
ingatlah hawa janji tuhan kita ,
"wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
Jangan mengadaikan maruahmu
hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,
jangan memakai pakaian
yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya
tetapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,
dari senyuman membawa ke salam ,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…
takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuaannya ,
kemanjaannya serta
kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa ,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,
peribadinya dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan
untuk mengodanya.
Lelaki yang warak
tak mahu bermain cinta
kerananya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu ,
cukuplah hanya cinta Allah
menyinari dan memenuhi jiwamu ,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir ,
biarlah tangan yang mengoncang buaian ini
bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam ,
kerana aku sukar menerimanya …
dan aku benci mendengarnya…
Wednesday, November 21, 2007
Seorang b'nama Lelaki
Seorang yg b'nama lelaki...
andainya suatu hari nanti
kita ditakdirkan bersama...
melayari bahtera kehidupan....
usah kau b'mimpi selaut sutera kehidupan
usah kau igaukan kasih sayang yg m'gunung tinggi
dan kesempurnaan yg mutlak dariku
Akuilah hakikat yg t'surat
aku bukanlah Siti Khadijah mahupun Ummul Mukminah yg lain...
bukan juga Rabiatul Adawiyah,wanita t'puji
juga tidak mampu m'capai martabat Siti Maryam, Mashitah atapun Umaiyah...
Kau yg b'nama lelaki,
mengertilah
dgn kewarasan keislaman,
aku hanya wanita akhir zaman
yg cuba m'pertahankan maruah serta kesucian diriku
sebagai muslimah b'landaskan garisannya...
Kau yg b'nama lelaki
demi kerana-NYA,
tak ku tagih apa-apa darimu...
bukan ku pinta harta yg m'gunung tinggi..
cuma ku pohon sebuah pengertian
dan kasih sayang yg suci
bahawa aku adalah amanah buatmu
anadai kita ditakdirkan b'sama...

Paku Di Hatimu
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebutkepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
dinding hati anda."

Tuesday, November 20, 2007
hari yg mendung
erm...sdih ar tgk result..jatuh ar..de sape2 nk bg semangat buat diriku ini...skrg tgh pening ...x tau nk wat pe utk PSM(projek sarjana muda)...maybe bnyk bnde yg leh wat tp nk implement x reti..korg de idea x??help me!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)